MASIH ADAKAH ISTRI SEMACAM INI DI AKHIR JAMAN INI ?
ISTERI MUQARROBIN
Isteri
yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak
perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang
tidak perlu dia tolak dengan baik. Tet...api kalau yang diperlukan pun
tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia
tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan
ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang
memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya
ISTERI SIDDIQIN
Isteri
yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu. Apa
yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh bersyukur. Kalau ada,
adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tetapi meminta tidak. Apalagi
yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang
perlu pun dia tolak dengan baik. Dia lebih suka menolong suaminya.
Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini susah
dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah
atau gagak putih. Ini adalah wanita luar biasa.
ISTERI SOLEHIN
Isteri
yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekali meminta
juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang layak dari
segi makan minum, tempat tinggal, kendaraan. Namun kalau suaminya tidak
memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia
golongan orang yang soleh.
Muhammad Ismail
No comments:
Post a Comment